“Siap Peluk Manja Lagi Tu Buat Muka Comel Gaiss” Viral Bela Biawak, Netizen Tak Sanggup Ikut Hobi Geng Ni

Agaknya memelihara kucing, burung, hamster atau anjing sebagai haiwan peliharaan mungkin sudah terlalu “mainstream” di kalangan pencinta haiwan.

Kini ramai pula pencinta haiwan sudah beralih arah memelihara haiwan yang lebih eksotik, seperti biawak. Kalau orang lain nampak, memang dah gelupur lari tapi golongan ini bela biawak bak bayi kecil.

Seperti perkongsian di Facebook baru-baru ini, rata-rata pemilik haiwan eksotik mempamerkan biawak masing-masing, nampak memang manja kalah si kucing.

Rupanya biawak ini ada pelbagai corak dan warna yang berlainan spesis. Lihat sajalah, didukung dan dibelai manja seperti bayi oleh pemilik mereka.

Gemuk-gemuk biawak mereka, jadi lepas ni siapa yang ada terjumpa biawak jangan dihalau, mane tahu boleh bela sebab manja jugak biawak rupanya.

kredit borak daily