Jangan Buat 3 Benda Ni Kalau Anda Tahu Ada Anai-Anai Yang Sedang Bersarang Di Rumah Anda!

Pernahkan rumah anda di serang anai-anai?

Bagi anda yang dah ada pengalaman rumah kena serang anai-anai, tentu dah dapat rasakan masalah yang timbul bila anai-anai rosakkan struktur kayu dan perabut serta kabinet di rumah anda tu.

Bagi yang masih tak ada pengalaman rumah kena serang anai-anai, berhati-hati. Jika anda masih tak nampak ada anai-anai merayap kat mana-mana bahagian di dalam rumah anda itu, tidak bererti anai-anai adalah 100% tak wujud di dalam rumah anda sekarang.

Memang sifat anai-anai tak suka lalu pada kawasan yang ada cahaya. Anai-anai jenis makhluk yang buat kerja dan hidup dalam kegelapan. Malah kebanyakan anai-anai terutamanya dari kalangan askar dan pekerja mereka, memang tak ada matapun.

Jika di dalam struktur dinding atau tiang rumah anda tu ada ruang halus, mereka tak perlu keluar dari situ untuk merayap ke kawasan lain di seluruh rumah anda. Mungkin ada di aas siling. Mungkin ada di belakang kabinet atau wardrobe dan sebagainya.

Tanda adanya anai-anai kat rumah

Ada 2 cara untuk ketahui adanya anai-anai:

  • Buat pemeriksaan sendiri– Anda belajar kesemua tanda ada anai-anai. Kemudian buat pemeriksaan sendiri bila ada ruang dan masa yang sesuai. Untuk maklumat tanda-tanda adanya anai-anai, anda boleh cuba baca artikel yang saya dah tulis di blog ini. Klik kat sini.
  • Dapatkan khidmat PCO– Syarikat pest control yang bertauliah dan berlesen ada banyak kat Malaysia.

Elak buat ini jika ada anai-anai

ambil perhatian supaya jangan buat 3 perkara berkut kat bawah ini.

  1. Guna api bakar sarang anai-anai

  2. Sembur anai-anai dengan racun kimia

  3. Buat tak tahu

kredit jasduit